.jpg)
Kehadapan en. diary,
Seperti biasa.. lepas berbuka aku mandi (mana tak buncit perut aku.. tapi aku ada satu fakta -iaitu orang yang mempunyai perut yang buncit adalah seksi *fakta yg aku pakai sorang jek)..
lepas magrib aku pun prepare nak g terawih... tengok jam rasa macam waktu kitorang g terawih semalam tapi by the time tiba.... mak aih!!!!! dah penuh... OH NOOOO!!!! nak kena solat kat luar...
Kitorang pun amik tempat kat luar.. Miss L ada kata semalam kalau sembahyang kat luar pun macam best coz kat luar tu angin fresh almaklum.. beratapkan langit.. best gak la...
*nak sampai part tragis 1
tengah tngu waktu isyak masuk... tetiba... aku dengar macam bunyi *pek* aku cek kat telekong.. takde pape. aku pun rilek ar..
tiba2 aku perasan ada suatu kotoran persis najis burung or kelawar.. EEEEUUUWWWWW... OMG.. aku tunjuk kat Miss S.. dia ketawa bagai nak gile.. (*miss S kata dia ketawa gila babi) duh.. aku geram gak tapi tak pe... dugaan.. (Miss S betul kata ko, nasib kena kat aku kalau kena kat ko. mesti ko naik atas tak turun dah kui kui kui. sebab? telekong dia ada satu)
Aku pun naik ke atas dan menukar telekong aku yang lain.. nasib time tu jemaah baru nak solat sunat.. Alhamdulillah aku sempat turun n smbyg isyak sama2 jemaah lain.. thanx God..
binatang apa punya najis sebenarnya tadi ek????
*part tragis 2
sebab kitorang dok kat luar, so tak berapa jelas suara imam.. masa solat terwih rakaat 1, aku tersujud awal.. aku pelik pesal org kiri kanan tak sujud nih?? rupanya imam belum sujud pun lagi ngeeee. rupanya aku dengar imam dari surau lain punya *Allahuakbar.. duh aku rileks je la tngu imam tu sujud... Alhamdulillah.. rakaat 1 n dua da pass..
*part tragis 3
ini salah sape? masa tu rakaat ke3. so after sujud n nak naik rakaat 4, imam tu sebut *ALLAHUAKBAR* so suma jemaah naik for rakaat 4. tapi ... *pesal imam ni tak baca al fatihah lagi nih? lama gak dah amik break then tetiba dengar imam bagi salam.. ngeeee aku sempat kerling jemaah lain suma tengah berdiri tapi bila imam tu dah bagi salam suma habiskan solat masing2. tapi akak yang kat sebelah aku (kiri bukan kanan), bila dia dengar imam bagi salam dia terus duduk n bagi salam sama.
Soalan - apa yang patut aku n jemaah lain buat patutnya time tu? either kitorang continue habiskan solat sendiri or ikut akak sebelah which is, terus duduk n ikut imam bagi salam?
*esok aku tanya ustaz
*tragis 4
Aku terkentut masa rakaat ke 4.. then g je la amik air sembahyang. Miss 5&6.
So, tu la peristiwa tragis ku di malam 3 ramadhan...
-Im Off-